Saturday, February 26, 2011

PERIHAL CINTA......

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?.. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat? 

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan please cuba teruskan perhubungan tersebut walaupunper banyak kara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.




** Ni aku copy dr blog org, sgt nice n aku sgt setuju.... huhuhu.. love u.. mmmuuuuaaahhh!

Wednesday, February 2, 2011

I'M PROUD TO BE MALAYSIAN

Saya bangga jadi anak Malaysia..  nak tahu kenapa? sebab saya bahagia dan aman dengan kehidupan saya di malaysia.. mengapa saya tiba2 jadi patriotik?? tarikh ulangtahun kemerdekaan lambat lg kan? hehehe.. tidak perlu tunggu 31 ogos untuk jadi patriotik.. 

mungkin  saya ibarat budak kecil yang tidak tahu apa-apa tentang persoalan negara, budak kecil yang hanya nampak apa yang ada di depan matanya sahaja.. tapi, saya rasa, saya lebih suka untuk jadi budak kecil yang menghargai setiap perkara yang ada di depan mata saya.. dalam erti kata lain, BERSYUKUR APA YANG ADA daripada sibuk mencari kesilapan dan kesalahan orang lain.. bagi saya, lebih baik kita menghargai setiap benda kecil yang ada di hadapan mata kita daripada kita bersusah hati memikirkan sesuatu perkara buruk yang dikhabarkan kepada kita.. lebih baik hargai harta kecil yang kita ada daripada kehilangan segala-galanya

dari sisi politik, (oooo.. saya tidak suka politik..) saya tidak suka membahaskan siapa yg betul dan siapa yg salah.. masing-masing punya kelebihan dan kekurangan..

bagi saya, negara malaysia ini cukup aman untuk diduduki.. tak kiralah apa kerajaan pun yg memerintah, but, current state, saya rasa secure.. tak ada kerajaan yang sempurna 100% di dunia.. cari lah kerajaan negara di dunia yang sangat sempurna, yg dapat memuaskan semua berjuta-juta, berbilion-bilion rakyat negara mereka, yang tak ada konflik kepimpinan,  tak ada kan? pasti ada konflik dalaman mahupun luaran.. negara maju pun tak terlepas daripada konflik sebegitu.. lihat sahaja jepun dengan krisis pemerintahannya sedikit masa lalu.. negara kita secara keseluruhannya tak lah seteruk mana.. masih lagi aman, tiada bom yg meletup, tiada peperangan, tiada rusuhan melampau.. cuba bandingkan  negara kita dengan negara jiran tetangga seperti indonesia, thailand, myanmar... dari segi keamanan??  lihat sahaja apa yang kita telah capai selama hampir 54 tahun kita merdeka.. cuba lihat  pula dari segi pembangunan pula, masih banyak yang perlu kita rakyat malaysia lakukan untuk mengejar pembangunan seperti singapura, australia.. kesimpulannya, masih terdapat kelebihan malaysia disamping kekurangan yang ada..

dari segi perpaduan kaum pula, ketika ini, kita masih lagi aman tanpa rusuhan kaum.. ini lah yang perlu kita jaga.. sememangnya ada kaum yang rasa terpinggir, rasa di anak tirikan, tetapi, sanggupkah kita korbankan keamanan yang kita ada demi memuaskan hati dan kehendak masing2... pasti tak kan? seperti yang saya tulis sebelum ini, "lebih baik hargai harta kecil yang kita ada daripada kehilangan segala-galanya".. harta kecil ini adalah keamanan yang pelbagai kaum kecapi sekarang (tp bagi saya keamanan sangat besar ertinya)..

cubalah ambil masa untuk membaca forum2 yang diadakan oleh rakyat negara jiran yang betujuan untuk menginjak-injak maruah negara kita malaysia.. luahan mereka yang bergembira di atas bencana alam yang menimpa negara kita. pasti, sebagai seorang rakyat Malaysia kita akan terasa tercabar dengan apa yang mereka tulis.. sebenarnya perkara yang mereka tulis itu adalah pandangan mereka yang tidak berasas, lebih kepada melepaskan geram terhadap isu-isu yang mereka bangkitkan atas ketidakpuasan hati mereka terhadap malaysia yang relatifnya lebih maju daripada mereka, serta kegembiraan terhadap kesulitan negara kita.. ketidak puasan mereka terhadap isu-isu seperti tarian pendet, perebutan pulau, pencerobohan perairan, dan berbagai lagi terlampau di perbesarkan.. di mata mereka malaysia hanyalah negara teruk dan seolah olah langsung tiada kebaikan yg dibuat oleh malaysia kepada mereka dan dunia (meskipun telah banyak yang kita bantu negara tersebut). mungkin cara didikan minda rakyat mereka yang agak terkebelakang dan, penanaman sikap defensive melampau tanpa keterbukaan yang diperlukan untuk bertoleransi sesama jiran.. lihat sahaja peranan media massa di malaysia dan di sana.. media malaysia lebih bertanggungjawab dengan tidak menyiarkan berita-berita provokasi kerana arif mengenai akibatnya terhadap pembaca. tetapi, di sana, ia lebih kepada menanam kebencian rakyat mereka terhadap malaysia, ianya seperti suatu kebanggaan disana untuk mengutuk negara kita secara terbuka.. pernah terbaca laporan akhbar tempatan yang terlalu provokasi terhadap negara jiran? tak pernah kan? itu lebih baik kerana kita mengelakkan daripada berlakunya sesuatu keadaan yang lebih teruk.. tetapi pemikiran mereka tak sama seperti kita.. kita lebih bertolak ansur atau dengan ayat mudah “malas nak layan”.. lebih baik kita bertolak ansur dan tidak menghiraukan kutukan mereka. Buat apa nak melayan hinaan dan cacian mereka, gelakkan sahaja, mereka ada lebih banyak masa untuk mencaci daripada memperbaiki keadaan Negara sendiri.. biarkan laa usah di layan, jika kita membalasnya, bermakna, kita pun sama sahaja seperti mereka.. sikit akal dalam berfikir rasional tetapi mulut kaya dengan kata-kata cacian dan hinaan.. biarkan mereka tenggelam dalam hinaan dan cacian mereka terhadap Malaysia atau lebih tepat lagi, biarkan mereka maju dengan skill menhina dan mencaci sementara Malaysia berusaha untuk lebih maju dan lebih aman untuk diduduki oleh rakyatnya. apa yang perlu kita lakukan ialah bersatu mempertahankan negara malaysia yang kita sedang miliki ini untuk mencapai keamanan yang seiring dengan kemajuan. biarkan mereka menyalak dengan perkataan-perkataan yang sama kotor dan busuk seperti hati mereka… yang penting, Malaysia sememangnya aman….

Anjing menyalak bukit, bukit tidak runtuh....

don’t ask what the country has done for you, but ask what have you done for the country..  

saya bangga jadi rakyat malaysia..